APAKAH FROG VLE?
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau
lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan
jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan
menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar
tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh
mengakses berita sekolah dan dokumen pentingyang telah dikemaskinikan oleh
pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan
boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang
berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di
sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE
sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah,dibawah satu bumbung.Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran
berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan
konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh
mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui
VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh
mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.
VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
No comments:
Post a Comment