Wednesday 7 October 2015

Lawatan Penanda Aras Kelas Abad 21 : SK Batu Gajah

Lawatan Penanda Aras : SK Batu Gajah.
Pada 1 Oktober 2015 (Khamis), Warga dari SK Batu Gajah seramai 10 orang guru, telah datang melawat kelas Abad 21 di SK Parit Gantong, dibawah pelaksanaan program Lawatan Penanda Aras.

       Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat suasana kelas, infrastruktur serta PdP yang  juga diiktiraf sebagai pengajaran Alaf Ke 21.


     Para peserta telah diberi taklimat di kantin dan seterusnya merasai sendiri pengalaman serta suasana belajar di dalam kelas yang dikendalikan oleh Puan Norhafizah yang ketika itu sedang menjalankan PdP.

       Para peserta lawatan seterusnya ditunjukkan oleh  Pn Norhafizah cara-cara menggunakan peralatan ICT seperti visualizer yang terdapat di dalam kelas Alaf 21 dengan dibantu oleh Juruteknik yang bertugas Cik Nor Anies.

No comments:

Post a Comment