Peraturan

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER SK PARIT GANTONG
 
Peraturan makmal diwujudkan untuk:

1.1 Memaksimunkan penggunaan.
1.2 Meminimunkan risiko penyelewengan dan kerosakan.
1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Panduan untuk penggunaan ramai
 

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:
  1. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
  2. Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan   Penyelaras ICT/Juruteknik computer yang bertugas.
  3. Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT/Juruteknik computer yang bertugas.
  4. Pelajar dilarang melaraskan pengdingin hawa.
  5. Tidak dibenarkan memakai kasut dan sarung kaki di dalam makmal.
  6. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
  7. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
  8. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
  9. Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
  10. Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
  11. Dilarang membuat bising di dalam makmal.
  12. Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
  13. Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.
  14. Dilarang mengubah dan menambah perisian dan perkakasan.
  15. Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
  16. Peralatan seperti LCD dan pencetak hanya boleh dikendalikan oleh guru.
  17. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
  18. Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log komputer.
  19. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
  20. Sebelum keluar, sila pastikan semua komputer dimatikan ( off ) dengan sempurna dan kerusi disusun dengan kemas di bawah meja komputer
 

No comments:

Post a Comment